ASZRAMANIA

Its all about Aszra

Thursday, August 24, 2006

Aszra tak nak susu mahal!

A'kum.. dua tiga hari ni, Wan kata Aszra susah sangat nak minum susu. Sampai menangis dan dia rela tidur dari minum susu. Ibu risau. Kawan ibu kata why not tukar susu, maybe Aszra dah minum susu tu. Umi pulak kata mungkin aszra tak suka puting silicon yang keras tuh. So semalam ibu ke giant, dan cuba cari susu lain untuk Aszra. Kalau sebelum ni Ibu belikan Aszra susu S26 Gold, tapi semalam Ibu ternampak susu Dulac-Dumex, dlm pek percubaan dgn harga RM 5.90. So Ibu beli dan hari ni Wan kata Aszra dengan gembira minum susu Dulac tuh. Bila Wan cuba bagi susu S26 tuh, Aszra tetap menolak. Memang sah dia tak nak susu tuh dah. Bila ibu ke giant sekali lagi hari ni, ibu tengok harga susu Dulac-Dumex ni terlalu murah! 2 kali ganda murah dengan susu Aszra. Kawan2 ibu semua kata bagus la Aszra nak susu yang murah, tak menyusahkan ibu. Tapi bagi ibu, harga bukan menjadi ukuran. Ibu tak kisah beli susu mahal asalkan aszra sihat dan suka minum susu. Tapi kalau aszra dah memang suka susu yang baru ni, ibu nak buat macam mana. Ibu sayang Aszra sangat..sangat..sangat!

1 Comments:

At 6:29 PM, Blogger umi said...

Sah anak Arop..... kecik2 dah pandai berjimat.Susu murah tak bermakna tak berkualiti, semua sus sama aje. Yang paling baik dah tentu susu ibu.

 

Post a Comment

<< Home